Rabu, 17 Disember 2025

 penat sungguh hari ini. Genap 91 hari pemergianmu abang. Hari ini aku ke pejabat pusaka untuk uruskan pembahagian bahagian pusaka kerata mu. ibu dan ayahmu juga hadir sebagai waris.

Kereta itu memang dengan berat hati diserahkan kepadaku kerana untuk melunaskan hutang-hutangmu yang ada. aku dan hakim memang nampak betapa beratnya hati orang tuamu menyerahkan kereta itu kepadaku walaupun mereka tahu aku adalah pemilik kereta sebenar. mereka seolah-olah menafikan persetujuan mereka menyerahkan kereta itu kepadaku pada hari kedua pemergianmu semasa mensyuarat keluarga dilakukan.

Panjang untuk aku uraikan di sini. Penat dan stress yang teramat untuk menyelesaikan.

selepas selesai urusan ini apa lagi yang akan berlaku. kuatkah aku, abang. 

 tiada apa lagi yang nak aku katakan. memang terasa seperti arwah mak dulu - dulu. beginilah perasaannya. Hari- hari celik mata je terus ke dapur. siapkan anak- anak ke sekolah sehinggalah jam menunjukkan 9pagi barulah aku blh luangkan masa untuk aku menikmati sarapan.


tapi ada satu benda yang aku geram. yelah, sebagai surirumah sepenuh masa tugasku tak pernah selesai. ada aje yang nak kena buat. paling aku geram, pinggan mangkuk kotor tak pernah putus ada dalam sinki. kain baju kotor tak pernah kosong dalam bakul untuk dicuci. lelah, letih, penatnya rasa. mereka di dalam rumah ini hanya tau tanya baju tu kat mana? baju yang sekian- sekian kat mana. salah jawab je kenalah aku. tak ubah seperti orang gaji percuma.

 penat sungguh hari ini. Genap 91 hari pemergianmu abang. Hari ini aku ke pejabat pusaka untuk uruskan pembahagian bahagian pusaka kerata mu...