Rabu, 17 Disember 2025

 penat sungguh hari ini. Genap 91 hari pemergianmu abang. Hari ini aku ke pejabat pusaka untuk uruskan pembahagian bahagian pusaka kerata mu. ibu dan ayahmu juga hadir sebagai waris.

Kereta itu memang dengan berat hati diserahkan kepadaku kerana untuk melunaskan hutang-hutangmu yang ada. aku dan hakim memang nampak betapa beratnya hati orang tuamu menyerahkan kereta itu kepadaku walaupun mereka tahu aku adalah pemilik kereta sebenar. mereka seolah-olah menafikan persetujuan mereka menyerahkan kereta itu kepadaku pada hari kedua pemergianmu semasa mensyuarat keluarga dilakukan.

Panjang untuk aku uraikan di sini. Penat dan stress yang teramat untuk menyelesaikan.

selepas selesai urusan ini apa lagi yang akan berlaku. kuatkah aku, abang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 penat sungguh hari ini. Genap 91 hari pemergianmu abang. Hari ini aku ke pejabat pusaka untuk uruskan pembahagian bahagian pusaka kerata mu...